Tuesday, December 27, 2011
Thursday, November 17, 2011
Cipta Kereta Daripada Keranda
Phil Bissett mencipta sebuah kereta daripada keranda.
Seorang bekas penggali kubur di Britain, Phil Bissett telah membina sebuah kereta satu tempat duduk berkelajuan 160 kilometer sejam (km/j) dengan menggunakan keranda sepanjang dua meter.
Bissett, 62, membeli keranda besi buatan tangan seberat 75 kilogram itu dengan harga £98 (RM470) melalui laman web lelongan eBay dan menamakan kenderaan ciptaannya Holy Smoke yang bermaksud kejutan.
“Ia mempunyai enjin berkapasiti 1300 cc dan kelajuannya pula mencecah 160 km/j,” katanya.
Menurut warga emas itu, beberapa bahagian lain kenderaan itu termasuk cesi diambil dari sebuah trak Volkswagen, kereta buggy dan sebuah kereta Ford lama.
Kereta unik milik Bissett boleh digunakan di jalan raya kerana dia telah membayar premium insurans dan mendaftarkan kenderaannya dengan pihak berkuasa.
“Kali pertama saya memandunya di jalan raya, seorang pemandu hampir terbabas ke dalam sebuah parit kerana terkejut manakala pemandu lain sibuk merakamkan gambar kereta saya,” katanya.
Bissett yang kini bekerja sebagai pelukis tatu menambah, dia mendapat idea membina kereta itu sewaktu melayari Internet dalam keadaan mabuk.
“Ia seperti kereta dalam filem seram kelakar, Adams Family dan ramai orang menganggapnya kelakar tetapi isteri saya pula bencikan kenderaan tersebut,” katanya.
p/s:pelik and pelik orng zaman sekarang:)
Siang Dan Malam Dalam Waktu Yang Sama
Pernahkah anda melihat siang dan malam pada masa yang sama?? Foto ini benar-benar indah. Pastikan untuk membaca teks di bawah ini untuk memiliki pemahaman yang lebih baik dari apa yang sedang anda lihat. Hal ini juga bersejarah kerana ini adalah misi terakhir untuk columbia.
Foto di atas diambil oleh crew Columbia saat misi terakhir, pada hari mendung. Gambar ini dari Eropah dan Afrika ketika matahari terbenam. Setengah dari gambar tersebut sudah menjadi malam.Titik-titik terang yang anda lihat dalam kawasan gelap adalah lampu-lampu bandar '.
Bahagian atas Afrika adalah Gurun Sahara. Perhatikan bahawa cahaya itu sudah berada di Belanda, Paris, dan Barcelona, dan keadaan sama masih siang hari di Dublin, London, Lisbon dan Madrid.
Matahari masih bersinar di Selat Gibraltar. Laut Mediterranean sudah dalam kegelapan.
Di tengah-tengah Lautan Atlantik anda boleh melihat Kepulauan Azores. Di bawah mereka ke kanan adalah Kepulauan Madeira, sedikit di bawah ini adalah Kepulauan Canary dan selanjutnya Selatan, berhampiran dengan titik terjauh barat Afrika, adalah Cape Verde Islands.
Perhatikan bahawa Sahara sangat besar dan dapat dilihat dengan jelas, baik pada siang hari dan waktu malam. Ke kiri, di atas adalah Greenland, benar-benar beku.

p/s:itu semuanya kekuasaan Allah:)
Antara Kawan & Sahabat!
Aku pernah mencoretkan sesuatu :-
1. a friend will laugh with you
2. a good friend will listen to you
3. a best friend will cry for you
Aku sendiri bukanlah seorang sahabat yang baik. Sekadar mampu menjadi kawan dalam keadaan yang tertentu. Acapkali juga berkawan atas sebab-sebab yang mendatangkan kebaikan.
Tatkala kita ada seorang kawan yang sanggup datang kepada kita bila kita dalam kesusahan, dialah sebenarnya seorang sahabat & hargailah dengan seluruh jiwa kita.
Memetik kata-kata seorang ilmuwan,
"you are, the people whom you associated with & the books/materials that you read"
Untuk itu, Al-Quran sebenarnya sahabat terulung yang setiap orang perlukan.

maaf! saya slah nombor?:/
Seorang suami telefon ke rumahnya ketika oustation, dan kebetulan yang menjawab panggilan telefon adalah seorang orang gaji.
Suami : Hello, selamat petang.
OG : Selamat petang. Ya encik, boleh saya tolong?
Suami : Siapa ni?
OG : Saya orang gaji kat sini.
Suami : Baru ke? Sebelum ni saya tak pernah guna orang gaji!
OG : Saya baru je kerja hari ni.
Suami : Oh, yeke. Puan ada kat rumah tak?
Suami : Oh, yeke. Puan ada kat rumah tak?
OG : Ada, encik, puan tengah tidur. Encik ni siapa?
Suami : Saya suaminya.
OG : La.. sekarang puan tidur dengan siapa pulak ni?
Suami : Apa? Ada lelaki lain yang tidur dengan puan ke?
OG : Ya, encik
Suami : Tak guna!!! (kena sumpah seranah) Eh, engkau boleh tolong tak? Nanti saya bagi upah RM1 juta .
OG : Boleh.. apa yang boleh saya tolong?
Suami : Masuk ke bilik kerja saya, ambil pistol dalam laci, lepas tu tembak mereka berdua.
OG : Saya tembak puan dengan lelaki tu ke encik?
Suami : Ya.
OG : (termenung)
Suami : Macamana? Boleh tak? Kalau tidak saya tambahkan RM1juta lagi.
OG : Baik encik... saya lakukan sekarang
Suami : Cepat!!! Saya tunggu!
Orang gaji itu kemudian mengambil pistol dan, bang..bang.. bang..
OG : Sudah, encik
Orang gaji itu kemudian mengambil pistol dan, bang..bang.. bang..
OG : Sudah, encik
Suami : Bagus, sekarang tutup hal ni, engkau buang pistol dalam kolam renang belakang rumah.
OG : Kolam renang yang mana?
Suami : Yang di belakang rumah!
OG : Tak ada, encik. Di belakang rumah ni tak ada kolam renang!
Suami : Yeke ni?
OG : Iya!
Suami : Ni kan nombor 5097600?
OG : Bukan, encik. Sini 5907600.
Suami : Oh, sori. Salah nombor
p/s:Pelik! Tembikai Tidak Semestinya Bulat?
tembikai petak:P
Gambar di atas adalah bekas acuan tembikai empat segi. Sesiapa sahaja boleh membuat projek tembikai kiub sendiri.
Tembikai Dadu?
Ada pula "tembikai piramid" dari Hokkaido. Oleh kerana kaedah penanaman agak sukar berbanding dengan salah satu padu, antara lima dan sepuluh tembikai piramid yang dihasilkan setiap tahun. Oleh yang demikian, ini adalah sebanyak 80,000 yen bersamaan lebih 3000 ringgit.
Bukan itu sahaja, bentuk tembikai tidak terhenti pada bentuk geometri mudah. Berikut adalah tembikai manusia yang datang dari Fukuoka. Ia agak melucukan dan comel dan sesiapa yang melihatnya pasti membuatkan anda tersenyum. Pada asalnya ia dicipta sebagai hiasan dalaman dan tembikai bermuka ini kebanyakannya dibeli oleh restoran-restoran untuk diletakkan pada ruang terbuka dimana pelanggan mudah melihatnya.
Subscribe to:
Posts (Atom)